3.2.1.2.1 Kad Antara Muka Rangkaian (Network Interface Card - NIC)
- NIC merupakan perkakasan yang membuat sambungan fizikal antara rangkaian dengan komputer stesen kerja.
- Kebanyakan NIC dipasang di dalam komputer pada salah satu slot tambahan atau sudah siap bina dalam pada induk komputer.
- Biasanya medium penghantaran yang digunakan bersama NIC adalah kabel sepaksi (coaxial), twisted pair atau fiber optics.
NIC |
USB NIC |
Interface Card-WNIC)
- Adalah kad rangkaian yang menghubungkan komputer kepada rangkaian tanpa wayar berasaskan gelombang video.
- Kad ini menggunakan antenna untuk berkomunikasi menerusi gelombang mikro.
- WNIC di dalam komputer biasanya dipasang pada slot Peripheral Component Interconect (PCI) atau sudah siap bina pada papan induk komputer.
- Ia sering kali dikaitkan dengan zon WiFi
USB WNIC |
WNIC |
- Terdapat 3 jenis modem iaitu modem bina luar, bina dalam dan jenis USB.
- Modem (modulator demodulator) berfungsi dalam menukar isyarat gelombang elektrik (talian telefon) kepada isyarat digital (PC) dan sebaliknya.
- Ia membolehkan PC dihubungkan kepada internet melalui perantara ISP (pembekal perkhidmatan internet ) seperti Stremyx, Maxis, Celcom, P1 Wimax, YES dan sebagainya.
USB 3G Modem |
ADSL Modem |
USB 4G Modem |
3.2.1.2.4 Hab/Peranti Suis (Hub / Switch)
- Hab adalah peranti rangkaian yang terdapat di dalam Rangkaian Kawasan Setempat (LAN) yang menggunakan topologi bintang.
- Hab dan peranti suis terdiri daripada port – port yang menyambungkan kabel rangkaian dari setiap komputer / peralatan dalam sistem rangkaian setempat.
- Kebanyakan hab disambungkan melalui jack RJ-45 yang disambungkan kepada kabel pasangan terpiuh (UTP).
- Manakala switch bertindak sebagai ‘multiport bridge’ untuk menyambungkan peranti –peranti atau segmen – segmen dalam satu LAN.
- Namun, kedua-dua ini mempunyai perbezaan dari cara bekerja dan berfungsi.
Switch |
- Penghala adalah peranti komunikasi yang digunakan untuk menterjemahkan maklumat di antara rangkaian yang berasingan dengan menggunakan kabel atau wireless.
- Ia juga digunakan dalam menghubung di antara beberapa buah komputer dalam rangkaian atau dengan penghala lain bersama –sama.
- Selain itu, penghala membenarkan sambungan internet tunggal dapat dikongsi bersama di dalam rangkaian. Contohnya di Kafe Siber.
Router |
3.2.1.2.6 Titik Capaian Tanpa Wayar (Wireless Access Point-WAP)
- WAP adalah peranti elektronik kecil yang bertindak sebagai penghubung dengan Kad Antara Muka Rangkaian Tanpa Wayar (WNIC).
- WAP bertindak bagi membolehkan perpindahan data berlaku menerusi spesifikasi 802.11 di antara sumber jalur lebar dengan mana – mana komputer.
Titik Capaian Tanpa Wayar (WAP) |
1 comments:
ggggggcvg
Post a Comment