Blogger Widgets
Senibina Rangkaian
Senibina rangkaian adalah ciri – ciri reka bentuk rangkaian komputer dan sistem komunikasi yang merangkumi konfigurasi dan strategi yang digunakan. Ia termasuklah penggunaan transmisi, perisian dan protokol – protokol komunikasi dan infrastruktur penghantaran data di mana berwayar atau tanpa wayar
Peranti Rangkaian Komputer
NIC (network interface card)merupakan perkakasan yang membuat sambungan fizikal antara rangkaian dengan komputer stesen kerja. Kebanyakan NIC dipasang di dalam komputer pada salah satu slot tambahan atau sudah siap bina dalam pada induk komputer. Biasanya medium penghantaran yang digunakan bersama NIC adalah kabel sepaksi (coaxial), twisted pair atau fiber optics.
Antara jenis rangkaian
Worldwide Interoperaberability for Microwave Access (WiMAX) - teknologi yang menyamai Wifi. WiMAX membolehkan pengguna berada dalam jarak liputan maksimum 50 meter. 2 bahagian utama WiMAX : A) stesen pangkalan WiMAX. B) penerima WiMAX yang dipasang di rumah.
. . . .
Prev 1 2 3 Next
Showing posts with label 3.4 Penyediaan Kemudahan Rangkaian. Show all posts
Showing posts with label 3.4 Penyediaan Kemudahan Rangkaian. Show all posts

Saturday, 24 November 2012

3.4.4.1 Membina Perkongsian Folder


 Langkah-langkah untuk membina perkongsian folder adalah seperti berikut.


3.4.4 Perkongsian Data


 Dalam sistem pengoperasian Windows, Macintosh, dan sistem pengendalian lain, anda boleh membuat perkongsian fail dan folder yang disimpan pada komputer dan di rangkaian anda.

 Folder boleh mengandungi pelbagai jenis fail seperti dokumen, muzik, gambar, video dan program.

 Fail-fail ini boleh disalin atau dipindahkan ke folder lain menerusi rangkaian ke komputer lain menerusi rangkaian kawasan setempat mahupun internet.

3.4.3.2 Menguji Sambungan Rangkaian


 Setelah anda selesai memasang kad NIC, perisian pemacu, kabel dan membuat konfigurasi/penetapan ke atas rangkaian, anda boleh menguji sambungan rangkaian komputer yang anda bina dengan menggunakan perisian utiliti PING.

 Langkah-langkah untuk menguji sambungan rangkaian adalah seperti berikut :

- Jika hasilnya seperti skrin di atas, ia bermaksud komputer anda berjaya menghubungi komputer rakan anda yang bersebelahan.


- Jika hasilnya seperti skrin di atas, ia bermaksud komputer anda tidak berjaya menghubungi komputer rakan anda yang bersebelahan.
- Sila cuba alamat IP yang lain.


- Jika hasilnya seperti skrin di atas, ia bermaksud komputer anda tidak berjaya menghubungi komputer rakan anda yang bersebelahan.
- Sila pastikan semua kabel bersambungan, kad NIC dan hub berfungsi dengan sempurna.

3.4.3.1 Konfigurasi / Penetapan Rangkaian


Langkah-langkah untuk mengkonfigurasi stesen kerja bagi mewujudkan satu rangkaian kawasan setempat adalah seperti berikut :

3.4.3 Konfigurasi dan Pengujian Rangkaian


3.4.2.1 Melentur dan Menguji Kabel Pasangan Terpiuh Tak Bertebat (UTP) - Kabel Lurus dan Kabel Silang


3.4.2 Melentur dan Menguji Kabel Pasangan Terpiuh Tak Bertebat (UTP)


 Kabel UTP digunakan untuk penghantaran data. UTP adalah singkatan dari "Unshielded Twisted Pair" (Pasangan Terpiuh Tak Bertebat).

 UTP disebut unshielded kerana ia terdedah kepada gangguan gelombang elektromagnetik.

 Ia juga disebut twisted pair kerana di dalamnya terdapat pasangan kabel yang disusun berpintal dan saling berlilitan.

 Terdapat 5 kategori kabel UTP. Untuk jaringan komputer biasa, kategori 3 dan kategori 5 sahaja digunakan.

 Kategori 3 untuk transmisi data sehinggan 10 mbps, kategori 5 sehingga 100 mbps dan kategori 6 pula transmisi datanya mencecah 1 gbps.

Friday, 23 November 2012

3.4.1.2 Memasang Pemacu Perisian Kad Antaramuka Rangkaian (NIC)


Ikuti arahan ini untuk memasang pemacu (driver) dengan menggunakan Windows XP :

1. Klik Start, kemudian pilih Settings. Klik Control Panel.

2. Klik Printers and Other Hardware.

3. Klik Add Hardware.

4. Klik Next untuk memulakan instalasi pemacu kad NIC.

5. Tetingkap yang mencari perkakasan baru akan dipaparkan.

6. Pilih Yes, I have already connected the hardware dan klik Next.

7. Skrol ke bawah dan pilih Add a new hardware device. Klik Next.

8. Pilih Install the hardware that I manually select from a list (Advanced) dan klik Next.

9. Skrol ke bawah dan pilih Network adapters. Klik Next.

10. Masukkan CD-ROM yang mengandungi pemacu (driver) dan klik Have Disk.

11. Klik Browse.

12. Tetingkap Locate File akan dipaparkan.

13. Dalam menu Look in, pilih bahagian (partition) yang mengandungi pemacu (driver) dan klik. Rajah menunjukkan CD Drive(E:) sebagai contoh.

14. Pilih fail yang berkaitan dan klik Open. Rajah menunjukkan winxp sebagai contoh.

15. Klik Next.

16. Klik Finish.

17. Klik Yes untuk restart komputer anda dan menyudahkan instalasi pemacu kad NIC.

3.4.1 Pemasangan Kad Antaramuka Rangkaian (NIC)


 Kad Antaramuka Rangkaian (NIC) perlu dipasang pada papan induk komputer yang belum tersedia pasang (built-in) dan jika kad NIC yang tersedia pasang sudah rosak.
 Terdapat 2 jenis kad yang boleh dipilih iaitu sama ada menggunakan medium kabel (NIC) atau tanpa kabel (WNIC).

3.4.1.1 Menyisipkan Kad Antaramuka Rangkaian (NIC)


 Langkah-langkah untuk pemasangan Kad Antaramuka Rangkaian (NIC) :





 Berikut adalah video yang menunjukkan cara-cara pemasangan kad NIC. Video yang dipaparkan adalah dalam Bahasa Indonesia, jadi yang disebut dalam video ini sebagai LAN Card adalah sama dengan kad NIC. Diharap video ini dapat memahamkan lagi anda tentang cara-cara untuk memasang kad NIC.


 

Penghargaan

Setinggi penghargaan dan jutaan terima kasih kepada pensyarah En. Tg Norazlan yang banyak membimbing kami semasa proses pengajaran dan pembelajaran subjek ini.

Penafian

Blog ini dibangunkan untuk memenuhi keperluan subjek "Huraian Sukatan Mata Pelajaran ICT". Segala maklumat yang disampaikan adalah bersifat bebas dan tidak mewakili mana-mana pihak.

Hubungi Kami

Jika terdapat sebarang permasalahan, kami boleh dihubungi melalui email : sajurana2012@gmail

Bab 3 Tingkatan 4 : Rangkaian Komputer & Komunikasi Hakcipta Terpelihara oleh sajurana2012@gmail.com Ipietoon Tadpole's Notez