Peer - to - peer
3.1.4 Senibina Rangkaian
Senibina rangkaian adalah ciri – ciri reka bentuk rangkaian komputer dan sistem komunikasi yang merangkumi konfigurasi dan strategi yang digunakan. Ia termasuklah penggunaan transmisi, perisian dan protokol – protokol komunikasi dan infrastruktur penghantaran data di mana berwayar atau tanpa wayar. Terdapat dua jenis senibina rangkaian iaitu:
v Pengguna – pelayan ( Client – server)
v Rakan ke rakan (Peer to peer)
3.1.4.1. Definisi dan ciri – ciri jenis senibina rangkaian
Pengguna – Pelayan (Client – server)
Senibina rangkaian ini terdiri daripada sebuah komputer pelayan (server) untuk melayan komputer lain yang bertindak sebagai pengguna (Client). Komputer pelayan akan menjalankan pengurusan berpusat (centralized) untuk melayan pengguna – pengguna dari segi perkongsian perisian aplikasi, data, pencetak dan lain – lain. Pelayan biasanya mempunyai spesifikasi berkuasa tinggi manakala komputer pengguna adalah komputer yang meminta sebarang perkhidmatan atau fail daripada komputer pelayan. Pada masa sama, komputer pengguna dalam rangkaian masih boleh membuat kerja – kerja individu dan menyimpan fail kepunyaan individu di dalam komputernya. Komputer pelayan pula tidak memproses atau mengubah data yang dikirim dan tidak perlu tahu jenis fail sebaliknya ia sibuk menjawab permintaan dari komputer pengguna atas fail yang disimpannya.
Antara ciri – ciri senibina rangkaian pengguna – pelayan (Client – server) adalah seperti berikut:
I. Keselematan sumber dan data dikawal oleh pelayan
II. Perkongsian data dan perisian aplikasi boleh di lakukan.
III. Perbelanjaan yang lebih mahal diperlukan untuk sebuah computer pelayan.
IV. Perlu melakukan penyelenggaran (maintenance) untuk menjamin keberkesanan sistem
V. Rangkaian tidak berfungsi jika berlaku kerosakan pada pelayan.
Rakan – ke - rakan (Peer - to - peer)
Rangkaian ini juga dikenali dengan P2P di mana semua komputer di dalam rangkaian bertindak sebagai rangkaian brtindak sebagai komputer pelayan dan juga pengguna. Semua komputer berupaya mencapai fail yang terdapat di dalam computer lain dan juga menyediakan fail untuk computer lain pada satu – satu masa. Rangkaian komputer ini tidak mempunyai komputer pelayan dan pengguna hanya perlu berkongsi fail dan ruangan simpanan serta sumber – sumber lain dari setiap komputer dalam rangkaian. Setiap komputer dapat mengirim, menerima dan memproses fail data kerana setiap komputer mempunyai potensi yang sama. P2P hanya disyorkan untuk rangkaian yang tidak lebih 5 komputer dan tidak menggunakan fail – fail atau aplikasi yang besar. Namun pada hari ini, P2P boleh berkongsi data dan maklumat merentasi sempadan dan jarak menerusi talian internet.
Antara ciri – ciri senibina rangkaian P2P adalah seperti berikut:
I. Tidak terdapat computer pusat yang mengawal rangkaian dan sumber.
II. Perkongsian pada perkakasan dan fail boleh dibuat
III. P2P tidak dapat menjamin keselamatan data di dalam sesebuah computer
IV. Semua computer di dalam rangkaian mempunyai keupayaan yang sama di dalam mengirim, menerima dan memproses fail.
1 comments:
Post a Comment