Blogger Widgets
Senibina Rangkaian
Senibina rangkaian adalah ciri – ciri reka bentuk rangkaian komputer dan sistem komunikasi yang merangkumi konfigurasi dan strategi yang digunakan. Ia termasuklah penggunaan transmisi, perisian dan protokol – protokol komunikasi dan infrastruktur penghantaran data di mana berwayar atau tanpa wayar
Peranti Rangkaian Komputer
NIC (network interface card)merupakan perkakasan yang membuat sambungan fizikal antara rangkaian dengan komputer stesen kerja. Kebanyakan NIC dipasang di dalam komputer pada salah satu slot tambahan atau sudah siap bina dalam pada induk komputer. Biasanya medium penghantaran yang digunakan bersama NIC adalah kabel sepaksi (coaxial), twisted pair atau fiber optics.
Antara jenis rangkaian
Worldwide Interoperaberability for Microwave Access (WiMAX) - teknologi yang menyamai Wifi. WiMAX membolehkan pengguna berada dalam jarak liputan maksimum 50 meter. 2 bahagian utama WiMAX : A) stesen pangkalan WiMAX. B) penerima WiMAX yang dipasang di rumah.
. . . .
Prev 1 2 3 Next

Thursday, 22 November 2012

3.1.5 Topologi Rangkaian


Topologi Bas


Topologi Cincin



Topologi Bintang



3.1.5 Topologi Rangkaian
Topologi rangkaian merujuk kepada cara susunan atau konfigurasi fizikal computer dengn komputr yang lain atau dengan peranti lain di dalam sesuatu rangkaian kawaan setempat (LAN). Terdapat tiga topologi yang biasa ditemui iaitu:
Ø  Topologi bas
Ø  Topologi Cincin
Ø  Topologi Bintang

3.1.5.1 Definisi dan kelebihan serta kelemahan setiap jenis topologi rangkaian.
Topologi bas
Topologi ini adalah antara jenis topologi yang asas serta mudah dibangunkan. Ianya selalu digunakan dalam persekitaran rangkaian yang menggunakan wayar koaksial. Ia dihubungkan dengan satu kabel tunggal (backbone) yang menghubungkan di antara semua komputer dan peranti – peranti lain. ia mempunyai satu titik permula serta penutupnya (terminator) yang dipasang pada kedua – dua penghujung awal dan akhir kabel tersebut. Di antara kedua titik inilah komputer peribadi atau komputer pelayan dirangkaikan di antara satu sama lain. Semua nod (fail pelayan, stesen kerja dan peranti – peranti lain) adalah disambung kepada kabel linear tersebut. Topologi ini mempunyai lebih daripada satu komputer pelayan dan sesetengah keaadaan komputer pelayan tidak diperlukan di dalam rangkaian.
Kelebihan topologi bas ialah:
o   Jika salah satu terminal gagal berfungsi, ia tidak menjejaskan operasi terminal – terminal lain.
o   Ia boleh menjadi pengganti yang baik kepada topologi yang lain.
o   Ia amat sesuai untuk rangkaian yang bersifat sementara dan yang diperlukan dengan kadar yang segera.
o   Terminalnya pula mudah ditambah atau dikurangkan tanpa mengganggu terminal – terminal lain di dalam rangkaian.
Kelemahan topologi bas pula ialah:
o   Pelanggaran data boleh berlaku apabila dua atau lebih nod adalah menghantar data pada masa yang sama
o   Ia tidak sesuai jika kadar trafik data dalam rangkaian adalah banyak.
o   Ia adalah amat sukar untuk mengurus dan menyelesaikan masalah topologi bas.
o   Kegagalan kabel backbone boleh melumpuhkan seluruh rangkaian dan ia amatlah sukar untuk mencari permasalahan tersebut.
o   Kos penyelenggaraan boleh meningkat untuk jangka masa yang panjang
o   Prestasi rangkaian adalah menurun apanila lebih banyak komputer ditambah kepada rangkaian.

Topologi Cincin
Bentuk jenis topologi ini seolah menyamai sebuah bulatan. Ini kerana setiap terminal atau komputer peribadi akan disambungkan kepada komputer peribadi atau terminal seterusnya iaitu terminal yang bersebelahan dengannya. Lazimnya ia menggunakan wayar pasangan terpiuh. Setiap terminal dalam rangkaian sangat bergantung di antara satu sama lain. jika salah sebuah terminal rosak ataupun bermasalah, sluruh rangkaian tersebut tidak akan dapat berfungsi. Data yang dihantar mesti melalui dari satu terminal ke terminal yang bersebelahan sehinggalah sampai ke terminal destinasi sebenar. Apabila data yang dihantar sampai ke terminal, isinya akan diambil atau dibaca dan segera dihantar ke terminal bersebelahan. Proses ini akan berterusan sehingga sampai ke destinasi sebenar. Topologi ini selalunya lebih murah jika dibandingkan dengan kos untuk membangunkan rangkaian menggunakan topologi – topologi yang lain. ia kurang digunakan kerana sukar untuk menambah upaya sesebuah rangkaian yang menggunakan topologi seumpana ini.
Kelebihan topologi cincin ialah:
o   Ia adalah satu rangkaian yang teratur di mana semua nod dalam rangkaian mempunyai akses sama rata kepada semua sumber – sumber.
o   Ia tidak memerlukan computer pelayan rangkaian untuk menguruskan sambungan.
Kelemahan topologi cincin pula ialah:
o   Jika salah satu stesen kerja gagal untuk berfungsi, ia mungkin membawa kepada kegagalan seluruh rangkaian.
o   Penambahan dan pengurangan peranti di dalam rangkaian boleh memberi kesan kepada keseluruhan rangkaian.
o   Rangkaian cincin adalah lebih perlahan daripada Ethernet

Topologi bintang
Topologi ini digunakan di dalam persekitaran rangkaian yang berasaskan kepada penggunaan komputer pelanggan – pelayan (Client  - Server). Ia menggunakan perkakasan pusat iaitu hub atau switch yang berfungsi sebagai penyambung kepada komputer induk dan komputer peribadi iaitu stesen kerja yang terdapat pada rangkaian tersebut akan bersambungan kepadanya. Apabila sesebuah stesen kerja atau komputer peribadi pada rangkaian tersebut menghantar mesej serta isyarat, ia akan dihantar dahulu kepada hub. Hub terlebih dahulu memprosesnya dan kemudiannya menghantar secara terus kepada komputer peribadi serta nod destinasi. Topologi ini juga agak stabil serta mudah diurus kerana ia berteraskan kepada penggunaan hub, kerosakan pada mana – mana terminal serta komputer peribadi tidak akan memberi kesan kepada keseluruhan rangkaian tersebut. Namun, jika ada hub mengalami masalah, keseluruhan rangkaian tidak dapat digunakan.
Kelebihan topologi bintang ialah:
o   Topologi ini mudah untuk menambah atau mengurangkan bilangan komputer dalam rangkaian tanpa mengganggu rangkaian.
o   Hub atau switch boleh dijadikan sebagai tempat yang terbaik untuk mendiagnosis kerosakan.
o   Salah satu kerosakan pada mana – mana komputer tidak memberi kesan kepada rangkaian komputer.
Kelemahan topologi bintang pula ialah:
o   Jika peranti pusat ( hub / switch) gagal berfungsi seluruh rangkaian computer akan lumpuh dan tidak dapat beroperasi.
o   Kos untuk membangunkan topologi ini adalah mahal kerana semua kabel rangkaian bermula dari switch dan ditarik kepada setiap stesen kerja. Ia memerlukan kabel yang lebih jika dibandingkan dengan topologi yang lain.
  
 3.1.5.2 Perbezaan antara tiga jenis topologi rangkaian.
Kategori
Topologi Bas
Topologi Cincin
Topologi Bintang
Struktur
Semua nod/ komputer disambungkan terus ke kabel backbone.
Semua nod / komputer bersambungan dengan bersebelahan dalam bentuk bulatan
Semua nod / komputer bersambung ke peranti pusat iaitu hub/ switch
Kerosakan nod
Tiada gangguan pada rangkaian komputer dan berfungsi seperti biasa.
Rangkaian komputer terganggu dan gagal berfungsi
Tiada gangguan pada rangkaian komputer dan berfungsi seperti biasa.
Tambah / buang nod
Senang dilakukan tanpa gangguan pada rangkaian komputer
Sukar dilakukan dan mengganggu rangkaian komputer
Senang dilakukan tanpa gangguan pada rangkaian komputer
Pengembangan rangkaian
Rangkaian komputer boleh dikembangkan dengan menambah banyak bilangan komputer
Rangkaian komputer boleh dikembangkan tetapi dengan bilangan komputer yang terhad
Rangkaian komputer boleh dikembangkan tetapi dengan bilangan komputer yang terhad


0 comments:

Post a Comment

 

Penghargaan

Setinggi penghargaan dan jutaan terima kasih kepada pensyarah En. Tg Norazlan yang banyak membimbing kami semasa proses pengajaran dan pembelajaran subjek ini.

Penafian

Blog ini dibangunkan untuk memenuhi keperluan subjek "Huraian Sukatan Mata Pelajaran ICT". Segala maklumat yang disampaikan adalah bersifat bebas dan tidak mewakili mana-mana pihak.

Hubungi Kami

Jika terdapat sebarang permasalahan, kami boleh dihubungi melalui email : sajurana2012@gmail

Bab 3 Tingkatan 4 : Rangkaian Komputer & Komunikasi Hakcipta Terpelihara oleh sajurana2012@gmail.com Ipietoon Tadpole's Notez