Blogger Widgets
Senibina Rangkaian
Senibina rangkaian adalah ciri – ciri reka bentuk rangkaian komputer dan sistem komunikasi yang merangkumi konfigurasi dan strategi yang digunakan. Ia termasuklah penggunaan transmisi, perisian dan protokol – protokol komunikasi dan infrastruktur penghantaran data di mana berwayar atau tanpa wayar
Peranti Rangkaian Komputer
NIC (network interface card)merupakan perkakasan yang membuat sambungan fizikal antara rangkaian dengan komputer stesen kerja. Kebanyakan NIC dipasang di dalam komputer pada salah satu slot tambahan atau sudah siap bina dalam pada induk komputer. Biasanya medium penghantaran yang digunakan bersama NIC adalah kabel sepaksi (coaxial), twisted pair atau fiber optics.
Antara jenis rangkaian
Worldwide Interoperaberability for Microwave Access (WiMAX) - teknologi yang menyamai Wifi. WiMAX membolehkan pengguna berada dalam jarak liputan maksimum 50 meter. 2 bahagian utama WiMAX : A) stesen pangkalan WiMAX. B) penerima WiMAX yang dipasang di rumah.
. . . .
Prev 1 2 3 Next

Thursday 22 November 2012

3.1.4 Senibina rangkaian


Client - Server


Peer - to - peer


3.1.4 Senibina Rangkaian

Senibina rangkaian adalah ciri – ciri reka bentuk rangkaian komputer dan sistem komunikasi yang merangkumi konfigurasi dan strategi yang digunakan. Ia termasuklah penggunaan transmisi, perisian dan protokol – protokol komunikasi dan infrastruktur penghantaran data di mana berwayar atau tanpa wayar. Terdapat dua jenis senibina rangkaian iaitu:

v  Pengguna – pelayan ( Client – server)

v  Rakan ke rakan (Peer to peer)

3.1.4.1. Definisi dan ciri – ciri jenis senibina rangkaian
Pengguna – Pelayan (Client – server)
Senibina rangkaian ini terdiri daripada sebuah komputer pelayan (server) untuk melayan komputer lain yang bertindak sebagai pengguna (Client). Komputer pelayan akan menjalankan pengurusan berpusat (centralized) untuk melayan pengguna – pengguna dari segi perkongsian perisian aplikasi, data, pencetak dan lain – lain.  Pelayan biasanya mempunyai spesifikasi berkuasa tinggi manakala komputer pengguna adalah komputer yang meminta sebarang perkhidmatan atau fail daripada komputer pelayan. Pada masa sama, komputer pengguna dalam rangkaian masih boleh membuat kerja – kerja individu dan menyimpan fail kepunyaan individu di dalam komputernya. Komputer pelayan pula tidak memproses atau mengubah data yang dikirim dan tidak perlu tahu jenis fail sebaliknya ia sibuk menjawab permintaan dari komputer pengguna atas fail yang disimpannya.
Antara ciri – ciri senibina rangkaian pengguna – pelayan (Client – server) adalah seperti berikut:
                           I.          Keselematan sumber dan data dikawal oleh pelayan
                          II.          Perkongsian data dan perisian aplikasi boleh di lakukan.
                        III.          Perbelanjaan yang lebih mahal diperlukan untuk sebuah computer pelayan.
                        IV.          Perlu melakukan penyelenggaran (maintenance) untuk menjamin keberkesanan sistem
                         V.          Rangkaian tidak berfungsi jika berlaku kerosakan pada pelayan.

Rakan – ke - rakan (Peer - to - peer)
Rangkaian ini juga dikenali dengan P2P di mana semua komputer di dalam rangkaian bertindak sebagai rangkaian brtindak sebagai komputer pelayan dan juga pengguna. Semua komputer berupaya mencapai fail yang terdapat di dalam computer lain dan juga menyediakan fail untuk computer lain pada satu – satu masa. Rangkaian komputer ini tidak mempunyai komputer pelayan dan pengguna hanya perlu berkongsi fail dan ruangan simpanan serta sumber – sumber lain dari setiap komputer dalam rangkaian. Setiap komputer dapat mengirim, menerima dan memproses fail data kerana setiap komputer mempunyai potensi yang sama. P2P hanya disyorkan untuk rangkaian yang tidak lebih 5 komputer dan tidak menggunakan fail – fail atau aplikasi yang besar. Namun pada hari ini, P2P boleh berkongsi data dan maklumat merentasi sempadan dan jarak menerusi talian internet.
Antara ciri – ciri senibina rangkaian P2P adalah seperti berikut:
                                               I.          Tidak terdapat computer pusat yang mengawal rangkaian dan sumber.
                                              II.          Perkongsian pada perkakasan dan fail boleh dibuat
                                            III.          P2P tidak dapat menjamin keselamatan data di dalam sesebuah computer
                                            IV.          Semua computer di dalam rangkaian mempunyai keupayaan yang sama di dalam mengirim, menerima dan memproses fail.

1 comments:

Unknown on 10 October 2014 at 01:06 said...
This comment has been removed by the author.

Post a Comment

 

Penghargaan

Setinggi penghargaan dan jutaan terima kasih kepada pensyarah En. Tg Norazlan yang banyak membimbing kami semasa proses pengajaran dan pembelajaran subjek ini.

Penafian

Blog ini dibangunkan untuk memenuhi keperluan subjek "Huraian Sukatan Mata Pelajaran ICT". Segala maklumat yang disampaikan adalah bersifat bebas dan tidak mewakili mana-mana pihak.

Hubungi Kami

Jika terdapat sebarang permasalahan, kami boleh dihubungi melalui email : sajurana2012@gmail

Bab 3 Tingkatan 4 : Rangkaian Komputer & Komunikasi Hakcipta Terpelihara oleh sajurana2012@gmail.com Ipietoon Tadpole's Notez