Blogger Widgets
Senibina Rangkaian
Senibina rangkaian adalah ciri – ciri reka bentuk rangkaian komputer dan sistem komunikasi yang merangkumi konfigurasi dan strategi yang digunakan. Ia termasuklah penggunaan transmisi, perisian dan protokol – protokol komunikasi dan infrastruktur penghantaran data di mana berwayar atau tanpa wayar
Peranti Rangkaian Komputer
NIC (network interface card)merupakan perkakasan yang membuat sambungan fizikal antara rangkaian dengan komputer stesen kerja. Kebanyakan NIC dipasang di dalam komputer pada salah satu slot tambahan atau sudah siap bina dalam pada induk komputer. Biasanya medium penghantaran yang digunakan bersama NIC adalah kabel sepaksi (coaxial), twisted pair atau fiber optics.
Antara jenis rangkaian
Worldwide Interoperaberability for Microwave Access (WiMAX) - teknologi yang menyamai Wifi. WiMAX membolehkan pengguna berada dalam jarak liputan maksimum 50 meter. 2 bahagian utama WiMAX : A) stesen pangkalan WiMAX. B) penerima WiMAX yang dipasang di rumah.
. . . .
Prev 1 2 3 Next

Thursday 22 November 2012

3.1.3 Jenis - jenis rangkaian


LAN


MAN



WAN



3.1.3 Jenis – jenis Rangkaian
Rangkaian komputer dapat dikategorikan kepada 3 jenis  yang asas iaitu:
v  Rangkaian Kawasan setempat (Local Area Network – LAN)
v  Rangkaian Kawasan Metropolitan (Metropolitan Area Network – MAN)
v  Rangkaian Kawasan Luas (Wide area Network – WAN)

3.1.3.1 Definisi dan ciri – ciri rangkaian komputer
Rangkaian Kawasan Setempat (Local Area Network – LAN)
Rangkaian jenis LAN terhad kepada batasan geografi yang terhad sahaja contohnya jenis rangkaian ini hanya meliputi sesebuah bangunan, sekolah, pejabat atau kampus. LAN dimilik , diguna dan ditadbir oleh organisasi persendirian. Fungsi asas LAN adalah untuk berkongsi sumber – sumber dan bertukar – tukar maklumat untuk sebilangan komputer di dalam kawasan yang terhad. Sumber – sumber yang dikongsi termasuklah perkakasan seperti pencetak, pengimbas, perisian atau data.
Antara ciri – ciri LAN ialah sambungan rangkaian LAN tidak melebihi 100 buah komputer. LAN juga selalunya mempunyai kurang dari 2 km. selain daripada itu, LAN digunakan untuk sistem rangkaian sesuatu bangunan, sekolah, institusi ataupun pejabat. Komputer disambung kepada pusat dalam rangkaian iaitu suis atau hub. LAN boleh menghantar data pada kelajuan yang tinggi iaitu 10 mbps, 100 mbps atau 1000 mbps. LAN juga menggunakan medium penghantaran sata seperti kabel pasangan terpilih atau berpintal, gentian optic, talian telefon atau cahaya inframerah serta isyarat radio. LAN juga menggunakan topologi bintang, cincin dan juga bas. Senibina rangkaian LAN kebiasaannya adalah jenis pelayan/pelanggan.
Rangkaian Kawasan Metropolitan (Metropolitan Area Network – MAN)
MAN lazimnya mliputi suatu kawasan georgafi yang agak luas berbanding dengan rangkaian yang diliputi oleh LAN. Ia beroperasi di bandar – bandar, gabungan beberapa buah sekolah ataupun di sesebuah daerah. MAN menyediakan perkhidmatan yang lebih dari LAN termasuk gabungan suara, data, imej dan video.
Antara ciri – ciri MAN ialah sambungan rangkaian melebihi 100 buah komputer. MAN menggunakan media penghantaran berprestasi tinggi (gebtian optic) dan menjangkau seluruh bandar. MAN juga dikaitkan dengan Bandar bestari yang menyediakan rangkaian khas untuk sesuatu bandar misalnya Putrajaya dan Cyberjaya.
Rangkaian Kawasan Luas (Wide Area Network – WAN)
WAN menghubungkan suatu kawasan yang lebih luas dari segi geografinya sebagai contoh menghubungkan Malaysia dengan Amerika Syarikat, China dan sebagainya. Ia memerlukan pelbagai perkakasan dan perisian sebelum rangkaian setempat dan metropolitan berhubung dan berkomunikasi secara global dan antarabangsa seperti internet. Ia juga menyediakan penghantaran data, suara, imej, video untuk jarak jauh melalui kawasan geografi yang luas meliputi Negara, benua atau seluruh dunia. Rangkaian WAN memerlukan gabungan talian telefon, mikrogelombang, satelit dan media penghantaran lain. Komputer dalam WAN biasanya dihubungkan melalui rangkaian awam.
Antara ciri – ciri WAN ialah sambungan rangkaian WAN merangkumi rangkaian LAN dan gabungan MAN. WAN menggunakan media penghantaran gentian optkc, satelit, gelombang radio dan sebagainya serta meliputi antara benua dan seluruh dunia. 
  
3.1.3.2 Perbezaan antara ketiga – tiga jenis rangkaian komputer
LAN
MAN
WAN
Rangkaian jenis ini biasanya terhad kepada batasan geografi yang kecil misalnya rangkaian yang meliputi sesebuah bangunan, sekolah, pejabat atau kampus.
Rangkaian jenis ini lazimnya meliputi suatu kawasan geografi yang agak luas berbanding dengn rangkaian yang diliputi oleh LAN.
Rangkaian jinis ini menghubungkan suatu kawasan yang luas dari segi geografinya,sebagai contoh menghubungkan Malaysia dengan Amerika Syarikat, China dan sebagainya hanya beberapa minit sahaja.
Bilangan komputer yang dirangkaikan adalah sedikit jika dibandingkan dengan MAN.
Bilangan komputer yang dirangkaikan adalah lebih banyak berbanding dengan rangkaian LAN.
Ia disambungkan dengan beberapa medium, antaranya ialah isyarat satelit dan kabel fiber optik.
Menghubungkan sebilangan computer di dalam kawasan yang terhad seperti di dalam kampus university, di dalam sesebuah bangunan dan di dalam bilik serta kerapkali dihubungkn dengnkcomputer kerangka utama atau minikomputer dengan menggunakan kabel twister pair.
Menjalankan suatu rangkaian perhubungan yang sederhana besarnya di dalam lingkungan susun atur geografi yang besar, informasi dan maklumat dapat disebarkan dengan meluas, cepat dan berkesan yang menggunakan kabel fiber optik.
Pengguna tidak perlu menyediakan sejumlah wang yang besar untuk membayar bil telefon dalam berkomunikasi merentasi sempadan. Namun begitu, rangkaian ini agak rumit dan kompleks.




0 comments:

Post a Comment

 

Penghargaan

Setinggi penghargaan dan jutaan terima kasih kepada pensyarah En. Tg Norazlan yang banyak membimbing kami semasa proses pengajaran dan pembelajaran subjek ini.

Penafian

Blog ini dibangunkan untuk memenuhi keperluan subjek "Huraian Sukatan Mata Pelajaran ICT". Segala maklumat yang disampaikan adalah bersifat bebas dan tidak mewakili mana-mana pihak.

Hubungi Kami

Jika terdapat sebarang permasalahan, kami boleh dihubungi melalui email : sajurana2012@gmail

Bab 3 Tingkatan 4 : Rangkaian Komputer & Komunikasi Hakcipta Terpelihara oleh sajurana2012@gmail.com Ipietoon Tadpole's Notez