Blogger Widgets
Senibina Rangkaian
Senibina rangkaian adalah ciri – ciri reka bentuk rangkaian komputer dan sistem komunikasi yang merangkumi konfigurasi dan strategi yang digunakan. Ia termasuklah penggunaan transmisi, perisian dan protokol – protokol komunikasi dan infrastruktur penghantaran data di mana berwayar atau tanpa wayar
Peranti Rangkaian Komputer
NIC (network interface card)merupakan perkakasan yang membuat sambungan fizikal antara rangkaian dengan komputer stesen kerja. Kebanyakan NIC dipasang di dalam komputer pada salah satu slot tambahan atau sudah siap bina dalam pada induk komputer. Biasanya medium penghantaran yang digunakan bersama NIC adalah kabel sepaksi (coaxial), twisted pair atau fiber optics.
Antara jenis rangkaian
Worldwide Interoperaberability for Microwave Access (WiMAX) - teknologi yang menyamai Wifi. WiMAX membolehkan pengguna berada dalam jarak liputan maksimum 50 meter. 2 bahagian utama WiMAX : A) stesen pangkalan WiMAX. B) penerima WiMAX yang dipasang di rumah.
. . . .
Prev 1 2 3 Next

Wednesday 21 November 2012

3.1.7 Internet, Intranet, Ekstranet


3.1.7 Internet, Intranet, Ekstranet
3.1..7.1 Jenis – jenis teknologi komunikasi rangkaian iaitu:
Ø  Internet
Ø  Intranet
Ø  Ekstranet

Internet
Internet merupakan gabungan rangkaian komputer seluruh dunia. Ia mengandungi jutaan rangkaian yang saling berhubung dan membolehkan pertukaran maklumat berlaku secara percuma. Internet ialah rangkaian awam yang menghubungkan rangkaian perniagaan, agensi kerajaan, institusi pendidikan dan orang perseorangan. Ia menggunakan protokol TCP/IP dan lain – lain protokol sebagai penghubung di antara satu sama lain. Setiap rangkaian ini menyediakan pelbagai sumber maklumat dan perkhidmatan yang boleh diakses melalui rangkaian. Di antara perkhidmatan yang disediakan adalah mail elektronik, borak dalam talian dan pautan laman web serta dokumen – dokumen.

Intranet
Intranet adalah rangkaian dalaman bagi sesebuah organisasi yang menggunakan teknologi internet. Ia adalah rangkaian komputer persendirian yang menggunakan protokol – protokol internet. Intranet menggunakan protokol TCP/IP, HTTP dan protokol – protokol internet lain. Ia lebih mirip kepada rangkaian internet persendirian. Tujuan utama satu intranet adalah untuk perkongsian maklumat syarikat dan sumber – sumber pengkomputeran hanya di kalangan kakitangan syarikat sahaja. Maklumat yang terdapat di dalam intranet dilindungi dengan kata laluan atau firewall. Maklumat ini boleh dicapai oleh individu atau bahagian tertentu sahaja di dalam syarikat. Intranet digunakan untuk memudahkan para pekerja untuk bekerja dalam kumpulan dan untuk telesidang. Contoh aplikasi intranet adalah seperti penerbitan bahan – bahan elektronik sesebuah organisasi seperti direktori – direktori telefon, takwin organisasi dan jadual kerja.

Extranet
Extranet merupakan rangkaian komputer persendirian yang menggunakan teknologi internet dan sistem telekomunikasi awam. Ia digunakan untuk perkongsian maklumat atau operasi perniagaan antara pembekal, pembuat, rakan kongsi, pelanggan atau perniagaan lain pada tahap keselamatan yang tinggi. Extranet juga adalah sebahagian intranet syarikat yang boleh dicapai dan digunakan oleh kakitangannya dari luar syarikat. Ia beroperasi dengan menggunakan firewall , sijil digital untuk pengecaman dan pengesahan pengguna. Ia juga menggunakan kaedah penyulitan (encryption) maklumat. Semua ini adalah untuk memastikan extranet berada pada tahap keselamatan dan bebas daripada sebarang pencerobohan oleh penggodam. Maklumat dihantar menerusi rangkaian persendirian maya (virtual private networks (VPNs)) yang melalui rangkaian awam.  


0 comments:

Post a Comment

 

Penghargaan

Setinggi penghargaan dan jutaan terima kasih kepada pensyarah En. Tg Norazlan yang banyak membimbing kami semasa proses pengajaran dan pembelajaran subjek ini.

Penafian

Blog ini dibangunkan untuk memenuhi keperluan subjek "Huraian Sukatan Mata Pelajaran ICT". Segala maklumat yang disampaikan adalah bersifat bebas dan tidak mewakili mana-mana pihak.

Hubungi Kami

Jika terdapat sebarang permasalahan, kami boleh dihubungi melalui email : sajurana2012@gmail

Bab 3 Tingkatan 4 : Rangkaian Komputer & Komunikasi Hakcipta Terpelihara oleh sajurana2012@gmail.com Ipietoon Tadpole's Notez