Blogger Widgets
Senibina Rangkaian
Senibina rangkaian adalah ciri – ciri reka bentuk rangkaian komputer dan sistem komunikasi yang merangkumi konfigurasi dan strategi yang digunakan. Ia termasuklah penggunaan transmisi, perisian dan protokol – protokol komunikasi dan infrastruktur penghantaran data di mana berwayar atau tanpa wayar
Peranti Rangkaian Komputer
NIC (network interface card)merupakan perkakasan yang membuat sambungan fizikal antara rangkaian dengan komputer stesen kerja. Kebanyakan NIC dipasang di dalam komputer pada salah satu slot tambahan atau sudah siap bina dalam pada induk komputer. Biasanya medium penghantaran yang digunakan bersama NIC adalah kabel sepaksi (coaxial), twisted pair atau fiber optics.
Antara jenis rangkaian
Worldwide Interoperaberability for Microwave Access (WiMAX) - teknologi yang menyamai Wifi. WiMAX membolehkan pengguna berada dalam jarak liputan maksimum 50 meter. 2 bahagian utama WiMAX : A) stesen pangkalan WiMAX. B) penerima WiMAX yang dipasang di rumah.
. . . .
Prev 1 2 3 Next

Tuesday, 6 November 2012

3.1 Konsep Asas Rangkaian Komputer dan Komunikasi


3.1 Konsep Asas Rangkaian Komputer dan Komunikasi
3.1.1 Definisi
3.1.1.1 Definisi Rangkaian Komputer
          Rangkaian komputer boleh ditakrifkan sebagai sekumpulan komputer, pencetak, pelayan dan lain – lain peranti yang dihubungkan brsama dengan medium dan peranti komunikasi tertentu. Setiap peranti yang disambungkan ke rangkaian itu dikenali sebagai nod di mana rangkaian – rangkaian boleh terdiri daripada berpuluh – puluh, berates, beribu atau berjuta – juta nod. Menerusi rangkaian komputer, maklumat dapat dipindahkan merentasi dunia dan sempadan melalui medium seperti kabel, gelombang radio, pancaran infra merah ataupun satelit. Ini membolehkan penggun berkongsi data, maklumat, perkakasan dan perisian.
3.1.1.2 Definisi Komunikasi
               Komunikasi merupakan proses pnghantaran data atau maklumat yang terdapat di dalam pelbagai bentuk seperti teks, imej, audio, isyarat, video, grafik dan lain – lain. Proses komunikasi ini boleh berlaku di antara manusia dengan komputer, di antara komputer dengan manusia, di antara alat dengan alat dan banyak lagi. Data ataupun maklumat yang di bawa dari penghantar ke penerima mestilah melalui media komunikasi yang menjadi saluran untuk membawa mesej. Antara media komunikasi ialah talian telefon, gelombang mikro atau wayales. Perkembangan teknologi komunikasi adalah berkaitan dengan penggunaan Internet, web, telesidang, telefon bimbit, komunikasi tanpa wayar, satelit dan banyak lagi.

1 comments:

Unknown on 6 November 2012 at 11:00 said...

salam

Post a Comment

 

Penghargaan

Setinggi penghargaan dan jutaan terima kasih kepada pensyarah En. Tg Norazlan yang banyak membimbing kami semasa proses pengajaran dan pembelajaran subjek ini.

Penafian

Blog ini dibangunkan untuk memenuhi keperluan subjek "Huraian Sukatan Mata Pelajaran ICT". Segala maklumat yang disampaikan adalah bersifat bebas dan tidak mewakili mana-mana pihak.

Hubungi Kami

Jika terdapat sebarang permasalahan, kami boleh dihubungi melalui email : sajurana2012@gmail

Bab 3 Tingkatan 4 : Rangkaian Komputer & Komunikasi Hakcipta Terpelihara oleh sajurana2012@gmail.com Ipietoon Tadpole's Notez