Blogger Widgets
Senibina Rangkaian
Senibina rangkaian adalah ciri – ciri reka bentuk rangkaian komputer dan sistem komunikasi yang merangkumi konfigurasi dan strategi yang digunakan. Ia termasuklah penggunaan transmisi, perisian dan protokol – protokol komunikasi dan infrastruktur penghantaran data di mana berwayar atau tanpa wayar
Peranti Rangkaian Komputer
NIC (network interface card)merupakan perkakasan yang membuat sambungan fizikal antara rangkaian dengan komputer stesen kerja. Kebanyakan NIC dipasang di dalam komputer pada salah satu slot tambahan atau sudah siap bina dalam pada induk komputer. Biasanya medium penghantaran yang digunakan bersama NIC adalah kabel sepaksi (coaxial), twisted pair atau fiber optics.
Antara jenis rangkaian
Worldwide Interoperaberability for Microwave Access (WiMAX) - teknologi yang menyamai Wifi. WiMAX membolehkan pengguna berada dalam jarak liputan maksimum 50 meter. 2 bahagian utama WiMAX : A) stesen pangkalan WiMAX. B) penerima WiMAX yang dipasang di rumah.
. . . .
Prev 1 2 3 Next

Friday 23 November 2012

3.2.2.2 Jenis –jenis Medium Tanpa Wayar (Wireless)


3.2.2.2.1 Infra Merah (Infrared-IR)

  • Teknologi infra merah adalah penghantaran data dalam bentuk inframerah tanpa melalui wayar. 
  • Kaedah ini terhad pada satu kawasan yang kecil sahaja iaitu dalam lingkungan 5 meter. Kadar pemindahan data ialah kurang 10 Mbps. 
  • Teknologi ini boleh digunakan untuk rangkaian komputer tanpa wayar. Contoh penggunaan lain adalah unit kawalan jauh TV.
Penggunaan Infra Merah
 3.2.2.2.2 Gelombang Radio
  • Terbahagi kepada dua iaitu Bluetooth dan Wireless- Fidelity (WiFi) 
  • Bluetooth menggunakan frekuensi radio 2.45 GHz iaitu standard komunikasi IEE 802.15.1 untuk menghantar maklumat dalam jarak dekat iaitu dalam linkungan 10 meter secara maksima. Teknologi Bluetooth banyak digunakan sebagai pelengkap telefon bimbit, PDA dan lain – lain. Ia adalah alternative bagi infra merah. 
  • Wireless- Fidelity (WiFi) ialah sistem rangkaian pautan tanpa wayar yang memerlukan access point dan kad WiFi yang dipasang di dalam komputer bagi membolehkan komunikasi berlaku. Teknologi WiFi menggunakan spesifikasi IEE 802.11a/b/g/N yang membenarkan perpindahan data berlaku dalam kelajuan sehingga 54 hingga 100 Mbps.
Bluetooth

 
WiFi












3.2.2.2.3 Satelit
  • Satelit adalah satu peranti elektronik yang mempunyai sehingga 100 transponder yang menerima, menguatkan dan menghantar semula isyarat. 
  • Satelit bertindak sebagai stesen penghambat (relay) di antara satu stesen bumi dengan stesen bumi yang lain. 
  • Ia digunakan apabila jarak penghantaran adalah jauh dan terdapat banyak halangan. Data atau isyarat yang dibawa melalui satelit berbentuk mikrogelombang (microwave).
 
Sambungan Satelit
 
 

0 comments:

Post a Comment

 

Penghargaan

Setinggi penghargaan dan jutaan terima kasih kepada pensyarah En. Tg Norazlan yang banyak membimbing kami semasa proses pengajaran dan pembelajaran subjek ini.

Penafian

Blog ini dibangunkan untuk memenuhi keperluan subjek "Huraian Sukatan Mata Pelajaran ICT". Segala maklumat yang disampaikan adalah bersifat bebas dan tidak mewakili mana-mana pihak.

Hubungi Kami

Jika terdapat sebarang permasalahan, kami boleh dihubungi melalui email : sajurana2012@gmail

Bab 3 Tingkatan 4 : Rangkaian Komputer & Komunikasi Hakcipta Terpelihara oleh sajurana2012@gmail.com Ipietoon Tadpole's Notez