Blogger Widgets
Senibina Rangkaian
Senibina rangkaian adalah ciri – ciri reka bentuk rangkaian komputer dan sistem komunikasi yang merangkumi konfigurasi dan strategi yang digunakan. Ia termasuklah penggunaan transmisi, perisian dan protokol – protokol komunikasi dan infrastruktur penghantaran data di mana berwayar atau tanpa wayar
Peranti Rangkaian Komputer
NIC (network interface card)merupakan perkakasan yang membuat sambungan fizikal antara rangkaian dengan komputer stesen kerja. Kebanyakan NIC dipasang di dalam komputer pada salah satu slot tambahan atau sudah siap bina dalam pada induk komputer. Biasanya medium penghantaran yang digunakan bersama NIC adalah kabel sepaksi (coaxial), twisted pair atau fiber optics.
Antara jenis rangkaian
Worldwide Interoperaberability for Microwave Access (WiMAX) - teknologi yang menyamai Wifi. WiMAX membolehkan pengguna berada dalam jarak liputan maksimum 50 meter. 2 bahagian utama WiMAX : A) stesen pangkalan WiMAX. B) penerima WiMAX yang dipasang di rumah.
. . . .
Prev 1 2 3 Next

Friday 23 November 2012

3.4.1.2 Memasang Pemacu Perisian Kad Antaramuka Rangkaian (NIC)


Ikuti arahan ini untuk memasang pemacu (driver) dengan menggunakan Windows XP :

1. Klik Start, kemudian pilih Settings. Klik Control Panel.

2. Klik Printers and Other Hardware.

3. Klik Add Hardware.

4. Klik Next untuk memulakan instalasi pemacu kad NIC.

5. Tetingkap yang mencari perkakasan baru akan dipaparkan.

6. Pilih Yes, I have already connected the hardware dan klik Next.

7. Skrol ke bawah dan pilih Add a new hardware device. Klik Next.

8. Pilih Install the hardware that I manually select from a list (Advanced) dan klik Next.

9. Skrol ke bawah dan pilih Network adapters. Klik Next.

10. Masukkan CD-ROM yang mengandungi pemacu (driver) dan klik Have Disk.

11. Klik Browse.

12. Tetingkap Locate File akan dipaparkan.

13. Dalam menu Look in, pilih bahagian (partition) yang mengandungi pemacu (driver) dan klik. Rajah menunjukkan CD Drive(E:) sebagai contoh.

14. Pilih fail yang berkaitan dan klik Open. Rajah menunjukkan winxp sebagai contoh.

15. Klik Next.

16. Klik Finish.

17. Klik Yes untuk restart komputer anda dan menyudahkan instalasi pemacu kad NIC.

0 comments:

Post a Comment

 

Penghargaan

Setinggi penghargaan dan jutaan terima kasih kepada pensyarah En. Tg Norazlan yang banyak membimbing kami semasa proses pengajaran dan pembelajaran subjek ini.

Penafian

Blog ini dibangunkan untuk memenuhi keperluan subjek "Huraian Sukatan Mata Pelajaran ICT". Segala maklumat yang disampaikan adalah bersifat bebas dan tidak mewakili mana-mana pihak.

Hubungi Kami

Jika terdapat sebarang permasalahan, kami boleh dihubungi melalui email : sajurana2012@gmail

Bab 3 Tingkatan 4 : Rangkaian Komputer & Komunikasi Hakcipta Terpelihara oleh sajurana2012@gmail.com Ipietoon Tadpole's Notez