Blogger Widgets
Senibina Rangkaian
Senibina rangkaian adalah ciri – ciri reka bentuk rangkaian komputer dan sistem komunikasi yang merangkumi konfigurasi dan strategi yang digunakan. Ia termasuklah penggunaan transmisi, perisian dan protokol – protokol komunikasi dan infrastruktur penghantaran data di mana berwayar atau tanpa wayar
Peranti Rangkaian Komputer
NIC (network interface card)merupakan perkakasan yang membuat sambungan fizikal antara rangkaian dengan komputer stesen kerja. Kebanyakan NIC dipasang di dalam komputer pada salah satu slot tambahan atau sudah siap bina dalam pada induk komputer. Biasanya medium penghantaran yang digunakan bersama NIC adalah kabel sepaksi (coaxial), twisted pair atau fiber optics.
Antara jenis rangkaian
Worldwide Interoperaberability for Microwave Access (WiMAX) - teknologi yang menyamai Wifi. WiMAX membolehkan pengguna berada dalam jarak liputan maksimum 50 meter. 2 bahagian utama WiMAX : A) stesen pangkalan WiMAX. B) penerima WiMAX yang dipasang di rumah.
. . . .
Prev 1 2 3 Next

Wednesday 21 November 2012

3.1.6 Protokol


3.1.6 Protokol
Protokol ialah set peraturan untuk pertukaran data di antara terminal dan komputer atau di antara dua atau lebih komputer. Ia juga merupakan tatacara ataupun bahasa komunikasi yang digunakan bagi membolehkan satu – satu rangkaian itu berkomunikasi. Antara protokol yang sering digunakan ialah:
v  Transmission Control Protocol / Internet Protocol (TCP/IP)
v  Hypertext Transfer Protocol (HTTP)
v  Simple Mail Transfer Protocol (SMTP)
v  File Transfer Protocol (FTP)

3.1.6.1 Definisi protokol yang digunakan
Transmission Control Protocol / Internet Protocol (TCP/IP)
Ia merupakan salah satu jenis peraturan yang memungkinkan kumpulan komputer dapat berkomunikasi dan bertkar data di dalam sesuatu jaringan. Selain internet, TCP/IP juga dapat diterapkan pada jaringan LAN dan MAN.ia seolah – olah satu landasan yang menghubungkan satu rangkaian dengan rangkaian lain dengan mengenali sistem pernomboran yang dikenali sebagai alamat IP. Alamat – alamat IP ini ditentukan dan dipantau oleh satu badan bebas, IANA (Internet Assigned Numbers Authority). Daripada ketentuan ini, terdapat beberapa kelas IP telah dispesifikasikan kepada kelas – kelas IP dan antara yang digunakan ialah daripada kelas A, B, dan C
Hypertext Transfer Protocol (HTTP)
HTTP adalah sebuah protokol komunikasi yang direka untuk memindahkan maklumat antara komputer melalui World Wide Web manakala HTTPS adalah HTTP yang menggunakan Secure Socket Layer (SSL). SSl adalah protokol enkripsi yang dipanggil pada pelayan Web yang menggunakan HTTPS.
Simple Mail Tranfer Protocol (SMTP)
SMTP  digunakan untuk membolehkan pengguna menerima dan menghantar e-mail di antara komputer – komputer.
File Transfer Protocol (FTP)
Protokol ini digunakan untuk memindahkan fail dari satu komputer ke komputer lain melalui internet. FTP juga digunakan sebagai kata kerja dalam erti “untuk memindahkan fail”

0 comments:

Post a Comment

 

Penghargaan

Setinggi penghargaan dan jutaan terima kasih kepada pensyarah En. Tg Norazlan yang banyak membimbing kami semasa proses pengajaran dan pembelajaran subjek ini.

Penafian

Blog ini dibangunkan untuk memenuhi keperluan subjek "Huraian Sukatan Mata Pelajaran ICT". Segala maklumat yang disampaikan adalah bersifat bebas dan tidak mewakili mana-mana pihak.

Hubungi Kami

Jika terdapat sebarang permasalahan, kami boleh dihubungi melalui email : sajurana2012@gmail

Bab 3 Tingkatan 4 : Rangkaian Komputer & Komunikasi Hakcipta Terpelihara oleh sajurana2012@gmail.com Ipietoon Tadpole's Notez